Jumaat, 7 Ogos 2009

SETEM...Memang Best


POSTER FILEM SETEM




Pada 6.8.2009,aku pergi tengok wayang,certia SETEM...kat Pavillion..siap guna student price g...hehhe...mmg sngaja nak tgok cerita ni...sbb nmpk cam best...yalah KHABIR BHATIA yang jadi pengrah.mesti best...



Pada keseluruhannya,'Setem' sebuah karya yang tidak mengecewakan.Filem ini memaparkan kisah yang berlaku dalam masyarakat Malaysia yang bertemakan perasaan 'tamak, cemburu, penipu, gengsterisme' dan sebagainya ini di wakili oleh 5 kumpulan manusia yang terdiri daripada Geng Anak Yatim (Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Datuk Aziz Sattar), Geng Piranha (Chew Kin Wah, Bront Palare, Adam Corrie Lee), Geng Tosai (Indi Nadarajah, Sathia), Geng Bakso (Harun Salim Bachik, Isma Yusoof), dan Geng Teraniaya (Vanidah Imran, Que Haidar). Kelima-lima kumpulan ini mempunyai kisah hidup masing-masing iaitu untuk memburu satu impian (kecuali Kumpulan Teraniaya) untuk menjadi kaya dengan bersumberkan 'Setem' yang bernilai USD 4 juta. Pengakhiran filem ini memberikan satu kejutan sehingga filem Setem boleh dikatakan sebuah filem aksi yang cukup mendebarkan serta perlu ditonton.Paling best mestilah lakonan Shatia..mmg lawak dan cukup buat penonton ketawa..kiranya semua pelakon yang ada dalam filem ni..xkira pelakon utama atau x..mmg best..arahan Khabir Bhatia yang lain dr filemnya seblum ni...nmpak cam filem Afdlin shauki pun ada.tp mmg best lah...x rugi tgok k..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan