Jumaat, 20 Mac 2009

Muzikal Ibu Zain

Pada 18.3.2009.aku dan classmate telah menonton Muzikal Ibu Zain,arahan Rosminah Tahir kat Matic...persembahan yg menghiburkan...sekurang-kurangnya sebagai generasi muda...kita tahu pengorbanan yang telah dilakukan oleh perjuang dahulu..kita org dtg tgk bukan saja2 jer..sambil tu kena tgok dan analisa penggunaan set dan prop dalam persembahan ini
SIAPA IBU ZAIN?
*Tan Sri Zainon binti Munshi Sulaiman dilahirkan pada 22 Januari 1903
*Berkahwin dengan Amin bin Wahab ketika berusia 31 tahun (1934).
*Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata antaranya Khalidah Adibah atau dikenali sebagai Adibah Amin.
*Meninggal dunia pada 2 April 1989 di Muar, Johor akibat penyakit barah perut dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bharu.
* Dilahirkan di Nyalas, Melaka dan merupakan anak ke-enam daripada lapan beradik.
* Ketika mengikut ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar di Methodist Girls School, Tengkera (1909-1912) diikuti Tengkera School (1913-1915) sehingga lulus Junior Cambridge.
* Ketika usianya 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan.
* Pada tahun 1921, berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar Maharani.* Tiga tahun kemudian dilantik menjadi Guru Besar sekolah yang sama.
* Kemudiannya, dilantik menjadi Guru Pelawat/Penyelia bagi sekolah perempuan daerah Muar dan Batu Pahat, seterusnya bagi seluruh negeri Johor.





















































2 ulasan: