Isnin, 13 April 2009

ABPBH 2008



GENTING HIGHLANDS: Juara Raja Lawak musim Ke-2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 26, menerima pengiktirafan tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) apabila dinobatkan Bintang Paling Popular. Anugerah itu secara rasminya menjadi milik Nabil sebaik namanya diumumkan penerima gelaran berkenaan, malam tadi, menerusi acara gilang-gemilang di Arena Of Stars, Genting Highlands. Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.


Jumlah Undian Bintang Paling Popular 2008


1-NABIL 127,5242

2-MAWI 55,0803

3- DATO SITI NURHALIZA 29,6765

4- AZNIL NAWAWI 18,8644

5- MEET UNCLE HUSSEIN 11,784



Senarai Pemenang ABP 2008

Bintang Paling Popular - Nabil

Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

Penyanyi Lelaki Popular - Mawi

Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza

Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor

Pelakon TV Wanita Popular - Dynas

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussein

Artis Nasyid Popular - Rabbani

Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil

Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular - Nabil

Artis Baru Wanita Popular - Stacy

Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah



Apa yang aku suka ABPBH 2008

* Kemenangan Nabil(Bintang Paling Popular 2008)

* Persembahan solo Jamal Abdillah

* Ucapan penuh makna Jamal Abdillah

* Persembahan Anita Sarawak

* Lawak Sharifah Shahira

* Lawak Amy Mastura

* Nora Danish sebagai penyampai anugerah Pelakon Tv wanita popular (simbolik sangat ya)



Apa yang aku tak berapa suka

* Penonton yang kurang memberi respon,tak sporting lah

* Gandingan Sharifah Shahira dan Adlin Aman Ramli,seperti tidak menjadi

* Persembahan artis yang tidak berapa nak menjadi

* Tak tau lah nak cakap...macam x meriah jer..kurang umph lah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan